UNIT 4: PROSES HIDUP TUMBUHAN

CIRI KHAS TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI
4.2       KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN
Kemandirian Spesies Hidupan2
Kemandirian Spesies Tumbuhan

1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui pencaran biji benih atau buahnya.
2. Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk memastikan anak pokok boleh bertumbuh dengan sihat dan
kemudian menghasilkan tumbuhan yang baharu.
3. Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh agen pencaran seperti haiwan, angin,
air dan  mekanisme letupan.
4. Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan ciri - ciri biji benih dan buah.
  
Agen Pencaran
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
Angin
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
Haiwan
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
Air
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
Mekanisme letupan
Kulit kering apabila masak.


Dipencarkan melalui angin :
Contoh : Angsana, meranti, lalang dan kapas
    
  

Dipencarkan melalui haiwan :
Contoh : Kemuncup, durian, betik dan rambutan
  

  

Dipencarkan melalui air :
Contoh : Kelapa, teratai
  

Dipencarkan melalui mekanisme letupan :
Contoh : Biji  getah, keembung


4.3       KEPENTINGAN KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN

No comments:

Post a Comment